Kesemua 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel dua hari lalu sudah dibebaskan dan kini berada di Jordan, kata wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, yang juga salah seorang daripada rakyat Malaysia yang turut berada di atas kapal itu semasa diserang.Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, Ashwad berkata mereka berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan. Mereka dihantar dengan bas bersama sukarelawan daripada beberapa negara lain ke sempadan Israel-Jordan, dan kini dalam perjalanan ke Amman.
Tuesday, June 1, 2010
12 rakyat Malaysia kini di Jordan
Posted by AfhamFahmy at 11:35 PM 2 comments
Labels: perihatin
Sunday, May 9, 2010
::Aceh Bergegar lagi ::
Posted by AfhamFahmy at 7:25 PM 6 comments
Labels: bencana
Monday, May 3, 2010
:: dimana hilangnye sifat kemanusiaan ::
KUALA LIPIS: Akibat gagal mengawal perasaan cemburu buta selepas melihat isteri bersembang dengan kenalan lelaki melalui telefon bimbit, seorang suami memijak perut, dada, kepala dan paha wanita itu sehingga maut di Ladang Selborne, Padang Tengku dekat sini, petang kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Rosmawati Abd Rahman, 39, yang mempunyai enam anak berusia dua hingga 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Posted by AfhamFahmy at 7:35 PM 10 comments
Labels: apa nk jadi
Monday, April 19, 2010
:: Menjawab Tag dr AyanaAsham, tp bab selipor xjwb lg, kui3 ::
1* Maa
Anda rasa anda comel?
Mustilaa.. dgn size yg sebegini rope.. sudah tentu.. wuhahahahahaah :p
Single or taken?
Masih Single lg. :D
Blog yang anda suka?
Blog2 Yg Byk Info Global, Setempat,Blog Sempoi2... :D
Adakah bilik anda kemas setiap hari
Sudah Tentu, Sebab kang kalo besepah kome jadi Goku Super Saiya ke7 (sile rujuk komik Mutiara Naga)hehehehe.. ape kome merepek ni..
Lagu terakhir yang anda dengar?
Last text message
Xde SMS... MMS je dr kwn kat Dublin
Last phone call
Abah ngn Maa Call pg td, ckp xjd pindah kedai ujung mggu nie.. so, kne batalkan dlu cuti mggu nie.
Hari terakhir anda menangis
Taun 2000.. Allahyarham To'ki kesayangan, pulang ke Rahmatullah di Mekah AlMukarramah.. Smpai Ke Skolah kome menangis, xthn sgt kalo tekenang.. AlFatihah......
List lima color favorite anda?
*Hitam
*Putih
Orang terakhir yang anda ber ym?
Game yang anda paling suka?
Call Of Duty:: Modern Warefare. best :D
Adakah anda peminat MCR?
Minat gak la.
Apa perasaan anda jawab tag ni?
Perasaan Yg Disamping xde wt ape2.. n jawab aje :D
Anda rasa tag ini best?
Best ...... Tahniah creator :D
Tag lagi 10 orang
Tuera
_TAMAT Daa_
Wassalam......
Posted by AfhamFahmy at 7:16 PM 11 comments
Labels: Tag
Sunday, April 18, 2010
Lelap D tempat keje 20minit
Ia disebabkan waktu tengah hari adalah masa yang paling sesuai untuk berehat seketika kerana sistem badan kita dikatakan memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu berkenaan yang juga dikenali sebagai kelesuan pada pertengahan hari.Ini disebabkan keletihan bekerja lebih memuncak pada waktu tengah hari dan ia mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah. Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala dapat membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah.
Ia dapat membantu melancarkan pengaliran darah serta oksigen selain berupaya memperbaiki sel badan dan mengendurkan otot yang digunakan secara aktif ketika bekerja. Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda pekerja yang berpeluang berehat dengan tidur seketika akan menjadi lebih tenang daripada tekanan serta dikatakan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif dan berkesan.Kajian penyelidik Nasa menunjukkan, tidur siang selama 24 minit mampu memperbaiki kepekaan dan prestasi juruterbang dan tidak hairan jika tidur seketika di waktu tengah hari itu sudah menjadi amalan di negara maju seperti AS, Itali serta Sepanyol.
Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Khaidzir Ismail, berkata merehatkan diri dengan melelapkan mata seketika di siang hari mampu meningkatkan lagi produktiviti kerja seseorang individu.Menurutnya, waktu tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika dan sistem pekerjaan yang diamalkan di negara ini memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari bagi dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak serta berehatTidur sekejap selama lebih kurang 10 minit mampu mengembalikan tenaga yang hilang dan amalan berkenaan amat sesuai bagi mereka yang sering berjaga malam atau bangun untuk sembahyang tahajud.Jelasnya, pada waktu berkenaan minda manusia biasanya senang terganggu serta mudah hilang fokus yang boleh menyebabkan produktiviti kerja terganggu.
“Sebenarnya amalan tidur sekejap ini sudah lama diamalkan di negara barat. Majikan di sana amat menggalakkan pekerja mereka untuk berehat dan melelapkan mata seketika pada waktu tengah hari.
“Tidur seketika pada waktu berkenaan mampu mengembalikan kesegaran badan serta fikiran. Jika badan dan fikiran segar, produktiviti kerja pun akan bertambah,” katanyaPenyelidik tidur Universiti Pennsylvania, Dr David Dinges, pula berpendapat bahawa tidur sekejap sebenarnya boleh ‘membayar balik’ hutang tidur pada waktu malam.“Tetapi tidur tidak boleh terlalu lama kerana jika melebihi 30 minit, seseorang itu sukar untuk bangun kerana terlalu nyenyak,” katanya.
Dalam pada itu, profesor psikologi, Universiti Cornell, AS, Dr James Maas, berpendapat bahawa tidur pada waktu tengah hari sekitar 15 hingga 20 minit sebenarnya sudah mencukupi untuk menjaga kesihatan dan mengembalikan tenaga.Menurut Dr James, waktu tidur yang mencukupi untuk golongan dewasa adalah sekitar lapan hingga sembilan jam manakala remaja, sembilan hingga 10 jam, kanak-kanak (12 hingga 13 jam) dan bayi, 17 jam sehari.Berdasarkan kajian Dr Maas, individu yang tidak mendapatkan tidur yang cukup mudah mengalami gejala kemurungan, potensi melakukan kesalahan dalam pekerjaan, sukar memberi tumpuan, prestasi kerja yang buruk serta boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan.
“Dengan mendapatkan jumlah tidur yang mencukupi, seseorang itu boleh mengawal perasaan dengan baik dan pada masa sama, dapat menjaga kesihatan serta kecantikan,” katanya.Dr William A Anthony dan Camile W Anthony dalam buku mereka The Art of Napping at Work menyifatkan bahawa tidur seketika di tempat kerja adalah sesuatu yang semula jadi dan satu cara paling mudah untuk meningkatkan lagi produktiviti pekerja.“Tidur seketika di waktu siang hari mampu meningkatkan semula tenaga. Ia umpama menjana semula bateri yang semakin berkurangan dan mengharmonikan kembali minda yang berserabut,” kata mereka. Kesimpulannya, jika berpeluang mendapat rehat di waktu tengah hari, ambil masa sekitar 10 hingga 20 minit untuk tidur bagi merehatkan seketika badan dan fikiran.Ia boleh dilakukan sama ada di meja kerja, di dalam kereta mahupun di bilik rehat bagi syarikat yang menyediakan kemudahan berkenaan.Tidak rugi berehat seketika kerana selain mendapat banyak kebaikan, ia juga mampu meningkatkan lagi daya tumpuan kita.
Posted by AfhamFahmy at 8:47 PM 1 comments
Labels: entah
Sunday, April 11, 2010
:: El Classico Real MAdrid vs Barcelona ::
Sambil Mengarut, Post Dlu Seround :D
Pertarungan sengit 2pasukan terbaik, tetapi jd senget antare 2 Gergasi Bolasepak Sepanyol iaitu Liga yg dnamekan La Liga antare pasukan Real madrid CF dan FC Barcelona pd 11 April 2010 Jam 3.30 am.. Pertembungan yg sgt dinantikan peminat La Liga iaitu kome sendiri.. Xrugi Tggu n tdo awal untuk menonton pertarungan ini.. ape yg kome merepek ni.. Real madrid menerime kekalahan diarena sendiri dan semakin menutup ruang untuk mencanai harapan menjuarai La Liga musim ini.. Messi Menjaringkan Gol Pertama & Pedro untuk Gol Kedua.. Tahniah Di ucapkan.. Tahniah juga untuk pasukan Negeri Sembilan, kerana memenangi piala FA.. Tahniah !!
Saturday(sunday Malaysia) April 10(11 MAlaysia), 2010 Finished Bernabéu
0 -
2
- Messi 33’
- Pedro 56’
*gerak larian messi, amat pantas utk diduga pertahanan lawan :)
Posted by AfhamFahmy at 12:04 AM 7 comments
Labels: tontonan
Thursday, April 8, 2010
:: Selipor kegemaran Malaysia ::
tQ crocs malaysia :D
Posted by AfhamFahmy at 7:52 PM 6 comments
Labels: suka suki :))









































































