BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

~:: The Followers ::~

Monday, May 3, 2010

:: dimana hilangnye sifat kemanusiaan ::

KUALA LIPIS: Akibat gagal mengawal perasaan cemburu buta selepas melihat isteri bersembang dengan kenalan lelaki melalui telefon bimbit, seorang suami memijak perut, dada, kepala dan paha wanita itu sehingga maut di Ladang Selborne, Padang Tengku dekat sini, petang kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Rosmawati Abd Rahman, 39, yang mempunyai enam anak berusia dua hingga 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum kejadian, si suami yang kebetulan berada di rumah diberitahu anaknya berusia 12 tahun, mangsa sedang bercakap dengan seorang lelaki melalui telefon bimbit.Difahamkan, lelaki terbabit yang ‘panas telinga’ selepas dimaklumkan demikian menghampiri isterinya sebelum merampas telefon bimbit berkenaan.Pertengkaran tercetus apabila mangsa tidak puas hati tindakan suaminya sebelum lelaki itu menolak isterinya hingga tersembam ke lantai.


Tidak cukup dengan perlakuan ganas seperti haiwan, si suami kemudian memijak perut, dada, kepala dan paha sehingga mangsa meraung kesakitan.Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, lelaki itu kemudian mencekik leher dan menghantuk kepala isterinya ke lantai sebelum wanita itu dilaporkan tidak sedarkan diri.


Menurutnya, anak mangsa yang menyaksikan kejadian menyayat hati itu segera menghubungi kakaknya untuk meminta bantuan selepas melihat ibunya tidak sedarkan diri.Katanya, siasatan mendapati, setiba di rumah, anak perempuan mangsa mendapati ibunya terbaring berlumuran darah di kepala.Ibrahim berkata, melihat isterinya tidak sedarkan diri, lelaki itu melarikan diri dengan menunggang motosikal sebelum kejadian itu disedari penduduk kampung.

“Laporan berhubung kejadian itu dibuat penduduk kampung di Balai Polis Padang Tengku, dekat sini, pada jam 6.15 petang kelmarin dan pemeriksaan dijalankan pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis (HKL) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.“Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat pagi ini (semalam),” katanya.Menurutnya, polis sudah menubuhkan pasukan khas termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan untuk memburu suspek berusia 46 tahun di sekitar daerah ini dan Mempaga, Bentong.

*jgnla bersifat sebegini.. sabar itu separuh dari keimanan
*lama x post, teramatla bz skrg :D

10 comments:

panggil aku shEh said...

me first! hahahhahaa

sekarang ni macam2 kan? sebabnye jeles jer. dah ade 6org anak, besar2 dah pon tp xkan la xpandai lagi nk control sifat cemburu. xkan la tatau nk beza kawan ke kekasih ke. kamon la.. haih! smoga jauh dr aku.

AfhamFahmy said...

skali lg cik sheh top on board :)

tula kn.. knape la smpai nk cmtu kn..
xpatut2... semoga yg kita yg masih waras berfikiran lebih matang dlm hal2 cmni.. :)

AyanaAsham said...

ish3 manusia skrg.menakutkan.

AfhamFahmy said...

btoi 2 yana... ish3...

Miecyber said...

Ramai yang tertekan di dalam kehidupan sekarang ini menyebabkan berlaku seperti kejadian di atas.

AfhamFahmy said...

betul tu..
harap semua yg tertekan tu sentiasa ingatkan Allah swt sentiasa mendengar doa hambaNya..

Afzainizam said...

Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
http://firestartingautomobil.blogspot.com/

uhhhhh manusia sekarang makin giler....aku rasa lah lama pendam tekanan ni..... tu yang terlepas naik giler

AyanaAsham said...

anda di tag.ngeeeee

Afzainizam said...

~~Selamat hari ibu~~

..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥
♥..♥  ╔══╦══╗╔╦══╗  ♥..♥
♥..♥  ╚═╗║╔╗║║║╔╗║  ♥..♥
♥..♥  ╔═╝║║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╔═╣║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╚═╣╚╝║║║╚╝║  ♥..♥
♥..♥  ╚══╩══╝╚╩══╝  ♥..♥
..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.


Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

AMIRA IS MIRA said...

dasyat sgt manusia jeles macam tue. sguup nak wat mcm tue kat wife sendiri. sdey bila isteri jadi mangsa