BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

~:: The Followers ::~

Wednesday, March 17, 2010

:: Gagal SPM bukan titik akhir hidup ::

AIR mata yang berlinangan sebaik memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Khamis lepas memberi seribu satu makna yang sukar untuk diungkapkan.

Mana tidaknya, reaksi spontan selepas melihat slip keputusan SPM diiringi tangisan membuatkan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan tertanya-tanya sama ada keputusan mereka cemerlang atau sebaliknya.


Bagi pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang, tangisan itu lambat-laun akan bertukar kepada senyuman, tetapi bagaimana pula de
ngan mereka yang gagal? Bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, mudah membuat perancangan masa depan dengan memohon memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).


Benarkan masa depan pelajar yang gagal itu gelap atau ada peluang lain untuk menebus maruah yang hilang? Jika ada apa yang harus lakukan? Pensyarah Kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Sapora Sipon, berkata keputusan SPM sangat penting, tetapi ia bukanlah pene
ntu masa depan seseorang.


Beliau berkata, tahap kematangan seseorang individu adalah berbeza dan jika berusaha gigih, masa depan mereka pasti cerah.


"Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Jadi, jangan anggap gagal SPM sebagai satu titik akhir dalam hidup. Insya-Allah jika berusaha, kejayaan pasti ada," katanya.

Pelajar yang gagal atau keputusan 'cukup makan' tidak perlu risau kerana banyak peluang untuk berjaya.


"Dahulu memang peluang melanjutkan pelajar untuk mereka yang tercorot agak tipis, kini dengan adanya pelbagai kolej dan pusat pendidikan swasta, pelajar hanya perlu bijak memilih kursus yang diminati.


"Dengan kelulusan minimum yang pelajar ada, mereka boleh memohon kursus di bidang teknikal atau vokasi
onal.


"Latihan kemahiran di Giat Mara atau institusi pertanian membuka peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran," katanya.



Apabila memperoleh sijil nanti, mereka mempunyai pilihan untuk terus bekerja atau melanjutkan pelajaran lebih tinggi.


Bagaimana pula jika gagal memohon di mana-mana institusi atau pusat kemahiran? "Jangan risau kerana anda boleh bekerja dan dalam masa yang sama ambil kursus di mana-mana institusi atau mengulang semula peperiksaan SPM kembali.


"Tetapi, perlu ada keazaman dan usaha gigih," katanya.


Peluang kerjaya kini mempunyai banyak saingan dan pelajar perlu bijak memilih.


Justeru, katanya, jika tiada pilihan lain, pelajar boleh menceburi bidang keusahawanan atau berniaga kecil-kecilan untuk mendapat pengalaman sebelum melabur dalam skil lebih besar.


"Ketika bekerja, kumpul modal dan belajar ilmu pengurusan, insya-Allah dalam tempoh beberapa tahun, anda bakal menjadi usahawan berjaya.

"Yang penting anda ada keinginan, semangat dan usaha untuk berjaya," katanya.


Menurutnya, bidang keusahawanan menjanjikan masa depan yang cerah.


Justeru, katanya, usah menangisi nasib sendiri apabila gagal kerana ia tidak membawa apa-apa, sebaliknya kumpul semangat yang masih ada untuk bangun dan melakukan sesuatu yang positif.


"Perasaan sedih itu memang lumrah apatah jika berusaha tetapi keputusan yang diterima mengecewakan.


"Tetapi, anda tidak boleh terus menangis kerana kehidupan perlu diteruskan, inilah yang patut ada pada diri pelajar yang gagal, semangat dari kejatuhan," katanya.


Beliau mengaku ketika ini ibu bapa memainkan peranan penting memberi dorongan kepada anak-anak.


"Sokongan ibu bapa diperlukan bagi mengubat pelajar yang dalam kesedihan. Mereka perlu peka dan prihatin.


"Jangan memarahi atau mengaibkan mereka kerana ia memberi akibat yang buruk," katanya.


Katanya, ibu bapa perlu sedar bahawa pelajar yang gagal dalam SPM hari ini boleh berjaya di masa hadapan jika mereka bijak membimbing.


Dalam perkembangan yang sama, Dr Sapora meminta pelajar yang gagal rajin melihat peluang lain yang ada.


"Jika masih bersedih dan tidak boleh menerima kenyataan terhadap kegagalan itu, jumpa guru kaunseling di sekolah.


"Rajin-rajinlah membelek surat khabar untuk melihat peluang melanjutkan pelajaran," katanya.


*teringat amik result dlu, pengetua pn.hajah rafiah siap cari lg.ehehe..

*kome dlu pon xbrape juge spm, ehehehe :p

3 comments:

MiSs TOrA said...

btol2 adik2 d luar sana tu msti la bijak memilih hala tuju berbekalkan keputusan spm yg drg dpt tu..byk peluang yg drg ada..cuma kena bijak memilih je..pe2pn slmt pg ye :)

AfhamFahmy said...

ehehehe.. betul 2 cik tuera... diorg mesti bijak memilih.. jgn sekerat jalan baru nk bertukar & mengalah...

selamat pagi juge wat cik tuera :D

Miecyber @ Sudu said...

Selagi kita beusaha dan tidak berputus asa pasti ada rezekinya.