Thursday, October 29, 2009
~what happened~
Posted by AfhamFahmy at 5:37 PM 0 comments
Wednesday, October 7, 2009
~~ Kemalangan Jalan Raya ~~
jalan raya.. kereta koi yang baru di ambil dari saiful dak opis dgn enjin yang dahsyat tahap mangkuk telah berputar atas jala raya di Felda Jengka. apa tujuan kesana? Beraya kerumah Tunangan sepupu koi.. apabila menghala balik ke Jerantut, Kereta Toyota LE ini telah bepusing beberapa kali sebelum merempuh sebuah lagi kereta proton wira dari arah bertentangan... Walaupun agak sedih, Namun koi bersyukur sangat kami selamat dan pemandu kereta depan pun selamat.. Alhamdulillah...
Posted by AfhamFahmy at 8:00 AM 3 comments
Labels: Accident
~ 1 Syawal ~
semua insan begembira menyambutnya termasukla koi :)
Alhamdulillah Bulan Ramadhan Almubarak dapat koi jayakannya.. bejumpa lagi Ramadhan akan datang jika Diizinkan ALLAH swt.. Semoga Syawal ini memberikan sejuta Rahmat kepada semua insyALLAH :)]
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF LAHIR BATIN :)
dari pemilik blog:KOITHEPAHANGNIANS :)
~ 1syawal @kijal,kemaman,terengganu D.I~
Posted by AfhamFahmy at 7:48 AM 0 comments
Labels: Raya
~ 27ramadhan~
maktam,makteh,makngah,ayahchik akn besame begabung kudrat d bulan ramadhan untuk
mengahasilkan project_pop :p Incik DODOL :) seronok gile... gelak ketawe, sampai tak rase penat pon.. :)
~10.00 am:wan,maktam,makteh dgn bantuan nurin & daniel ~
~12.00pm encik Dol da naik kawah :) ~
~9.30pm encik Dol siap setelah 8jam dikacau oleh koi secare begilir kol 7rehat bebuke jap :) ~
Posted by AfhamFahmy at 7:34 AM 0 comments
Labels: Family
Tuesday, September 8, 2009
::MAA,MAK,MAMA,IBU,UMI DLL::
I'tihadsyedafhamfahmyibnisyedahmadaprialyahya..
Posted by AfhamFahmy at 7:39 AM 0 comments
Monday, September 7, 2009
: : NUZUL ALQURAN: :
PENGENALAN NUZUL ALQURAN
Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i dan ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum al-Quran’. Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.
PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.
CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN
‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab :
”Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus.
Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu :
- Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
- Kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
- Kali ketiga, penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.
1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)
2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.
Penurunan kali kedua secara sekaligus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;
Allah SWT berfirman,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)
I'Tihad syedafhamfahmiibnisyedahmadaprialyahya
Posted by AfhamFahmy at 7:36 AM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
: :LuCkY: :
Posted by AfhamFahmy at 12:16 AM 2 comments
Saturday, August 22, 2009
: : MARHABAN : :
Marhaban Ya Jaddal Husaini
Marhaban Ya Marhaban Ya
Marhaban Ya Nural Aini
Wahai Nabi ibarat purnama
Hiasan dunia sasaran harapan
Tiada yang menyamaimu
Seluruh makhluk hatta di syurga
Wahai Nabi kekasih Allah
Tolonglah kami kerana Allah
Redhalah kami sebagai umat-Mu
Moga selamat dalam syafaatmu
Posted by AfhamFahmy at 1:28 AM 0 comments
Wednesday, August 12, 2009
nuwwwww
persediaan exam grade w32 pegawai ict ump semakin hampir..
bedebor beb... exam akn berlangsung saringan p1 d ump kames dpn....
seramai 38org geng2 ict ump akn merbut grade jwtn tesebot temasokla koi y masih tepinge2 ngape koi skali kene join exam nie.. berikut perbualan antare koi & dean fac ict ump prof. madya dato' said mat lela pd jam 11.30 am..
dato': Salam Fahmy
koi: wslm wbt dato'
dato':kamu da dpt cnfirm letter pasal exam 2?
koi:suda dato'
dato':jadi kamu da ready ke?
koi:insyallah dato' ,terima kasih dato' cz bagi perhatian sampai call sy nie..
dato': x jdi masalah, sy mahu sume staff ict muda cm kamu nie pehi jauh lg..
koi: mekasih byk2 dato'
dato':okey fahmy, kalo bejaye 2 jgn lupe blanje saye kari kepala ikan kedai parent kamu yep
koi:no problem dato' anytime je dato'..hehehe..
dato':okey fahmy, cont ur work okey,
koi:baik dato' thanxx 4 d support:) assalamualaikum wbt..
itulah perbualan tepon y besejarah dalam idop koi arini... big bos a.k.a dean fac ict ump sendirik col opis koi... fuh... agak mendebarkan kot die nk complen mende2 ke... huhu...
so, ape y akn berlaku mase exam 2 nt koi pon xtau... dala sume terer2.....
koi hanye mampu berdoa akn kemajuan diri ini... keh3... :p
Posted by AfhamFahmy at 6:05 AM 0 comments
Monday, August 10, 2009
nue n3
salam..harini br koi berpeluang masok smule ke blog koi sendirik :)
Posted by AfhamFahmy at 9:50 PM 0 comments