BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

~:: The Followers ::~

Saturday, October 9, 2010

Bencana Akhir Zaman


Test2.. Alhamdulillah Masih Boleh Menaip :)
Sekadar Berkongsi... Tq ImHalal.com kerane menemukan artikel ini kepade kas :)


Bencana Yang Menimpa Umat Manusia Di Akhir Zaman;- Abdullah ibn Umar berkata, Rasulullah s.a.w. telah menghampiri kami lalu bersabda: “Wahai Muhajirin, kamu akan ditimpa 5 bencana; semoga Allah tidak mengizinkan kamu hidup untuk menyaksikannya: (1) Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya. (2) Apabila manusia menipu dalam timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka. (3) Apabila manusia tidak memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan ke atas mereka. (4) Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, ketahuilah bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan mereka. (5) Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).;- (Fakta Sejarah;- 1919-1923: Keruntuhan Empayar Uthmaniah; 1932: Arab Saudi menjadi sebuah kerajaan tunggal, Iraq, Syria, Jordan terpecah daripada negara Arab Saudi; 1948 May Negara Israel dibentuk; 1948-1949: Perang Pertama Arab-Israel; 1962-1970: Perang Yaman; Bahrain, Qatar dan Kesatuan Emeriah Arab Bersatu terkeluar daripada Arab Saudi; 1973 Perang Arab-Israel Ke-Empat 4.

Bahaya 30 Para Dajjal Sang Pendusta;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum dimunculkan para dajjal sang pendusta, yang jumlahnya hampir mendekati tiga puluhan 30an, di mana masing-masing mengaku; bahawa dirinya adalah Rasul Allah.”;- (Riwayat Muslim).Bahaya Para Dajjal Membawa Ajaran Yang Belum Pernah Didengar;- Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, : “Akan keluar dajjal dan khazzab di kalangan umatku. Mereka akan berkata sesuatu yang baru di mana kamu dan bapa-bapa kamu belum pernah mendengarnya. Awasilah mereka dan jagalah diri kamu daripada disesatkan oleh mereka.””;- [Musnad Ahmad, 20/349].