BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

~:: The Followers ::~

Tuesday, June 1, 2010

12 rakyat Malaysia kini di Jordan


Kesemua 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel dua hari lalu sudah dibebaskan dan kini berada di Jordan, kata wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, yang juga salah seorang daripada rakyat Malaysia yang turut berada di atas kapal itu semasa diserang.Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, Ashwad berkata mereka berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan. Mereka dihantar dengan bas bersama sukarelawan daripada beberapa negara lain ke sempadan Israel-Jordan, dan kini dalam perjalanan ke Amman.


"Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia, pihak kedutaan (di Jordan) dan masyarakat antarabangsa yang banyak berusaha untuk keluarkan kami," kata Ashwad, 25, yang dihubungi oleh stesen itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan agar mereka selamat dan mengadakan sembahyang hajat.

  • kekejaman rejim seharusnya membuka mata dunia kerana mereka sudahpun bertindak seperti lanun.