BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

~:: The Followers ::~

Sunday, May 9, 2010

::Aceh Bergegar lagi ::



Indonesia:: Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Honolulu mengeluarkan amaran tsunami tetapi kedua-duanya menariknya balik 90 minit kemudian.Ketua Agensi Kaji Cuaca Indonesia, Fauzi berkata, bandar terdekat dengan pusat gempa ialah Meulaboh, tempat tsunami kecil dikesan, hanya setinggi 20 sentimeter.

Media tempatan berkata, gempa itu mencetuskan panik di sebahagian besar Aceh, kawasan paling teruk terjejas dalam gempa bumi yang menyebabkan tsunami Lautan Hindi pada 2004.Kira-kira 230,000 orang mati dalam bencana itu.Ketua Polis Aceh Barat, Lt Kol Widodo memberitahu TV Metro, ramai penduduk menghabiskan masa di jalan raya, tidak berani pulang kerana bimbang kemungkinan berlaku satu lagi gempa.

*bencana alam, semoga semua menyedari.. bumi ini semakin tua & goyah

Monday, May 3, 2010

:: dimana hilangnye sifat kemanusiaan ::

KUALA LIPIS: Akibat gagal mengawal perasaan cemburu buta selepas melihat isteri bersembang dengan kenalan lelaki melalui telefon bimbit, seorang suami memijak perut, dada, kepala dan paha wanita itu sehingga maut di Ladang Selborne, Padang Tengku dekat sini, petang kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Rosmawati Abd Rahman, 39, yang mempunyai enam anak berusia dua hingga 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum kejadian, si suami yang kebetulan berada di rumah diberitahu anaknya berusia 12 tahun, mangsa sedang bercakap dengan seorang lelaki melalui telefon bimbit.Difahamkan, lelaki terbabit yang ‘panas telinga’ selepas dimaklumkan demikian menghampiri isterinya sebelum merampas telefon bimbit berkenaan.Pertengkaran tercetus apabila mangsa tidak puas hati tindakan suaminya sebelum lelaki itu menolak isterinya hingga tersembam ke lantai.


Tidak cukup dengan perlakuan ganas seperti haiwan, si suami kemudian memijak perut, dada, kepala dan paha sehingga mangsa meraung kesakitan.Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, lelaki itu kemudian mencekik leher dan menghantuk kepala isterinya ke lantai sebelum wanita itu dilaporkan tidak sedarkan diri.


Menurutnya, anak mangsa yang menyaksikan kejadian menyayat hati itu segera menghubungi kakaknya untuk meminta bantuan selepas melihat ibunya tidak sedarkan diri.Katanya, siasatan mendapati, setiba di rumah, anak perempuan mangsa mendapati ibunya terbaring berlumuran darah di kepala.Ibrahim berkata, melihat isterinya tidak sedarkan diri, lelaki itu melarikan diri dengan menunggang motosikal sebelum kejadian itu disedari penduduk kampung.

“Laporan berhubung kejadian itu dibuat penduduk kampung di Balai Polis Padang Tengku, dekat sini, pada jam 6.15 petang kelmarin dan pemeriksaan dijalankan pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis (HKL) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.“Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat pagi ini (semalam),” katanya.Menurutnya, polis sudah menubuhkan pasukan khas termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan untuk memburu suspek berusia 46 tahun di sekitar daerah ini dan Mempaga, Bentong.

*jgnla bersifat sebegini.. sabar itu separuh dari keimanan
*lama x post, teramatla bz skrg :D