BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

~:: The Followers ::~

Saturday, March 13, 2010

:: Nasib Harimau Muda A ::


KONTROVERSI yang meletus memang mengejutkan bagi jurulatih Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor Abdullah namun beliau terus menguatkan semangat untuk bersama anak buahnya mengharungi baki perlawanan dengan kelab Liga Satu Slovakia.

Malah, apa yang amat diharapkan Azraai agar pemainnya kekal fokus kepada perlawanan menentang MFK Zemplin Michalovce, malam ini, tanpa menghiraukan dakwaan mengenai status perlawanan Liga Satu yang mereka harungi itu.


Bekas jurulatih Liga Super Kedah itu terkejut dengan dakwaan bahawa 14 perlawanan yang diatur FAM itu adalah perlawanan persahabatan dan bukannya perlawanan liga, namun enggan mengulas lanjut isu berkenaan.


“Kami terkejut dengan berita itu...betul ke apa yang berlaku?” katanya menerusi mesej ringkas dalam laman web sosial Facebook.


Bukan sesuatu yang menghairankan jika Azraai seakan tidak percaya mengenai dakwaan Pengurus Komersil MFK Ruzemberok, Michal Mertinyak yang disiarkan oleh Arena Metro, Selasa lalu, bahawa pertemuan Harimau Muda A dengan pasukan remaja MFK Ruzemberok B, Sabtu lalu, adalah perlawanan persahabatan yang tidak menawarkan sebarang mata kepada mereka.


Ini kerana apa yang dijanjikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum berlepas ke Slovakia pertengahan bulan lalu adalah perlawanan Liga Satu Slovakia yang statusnya liga divisyen dua di negara itu.

“Harimau Muda A mendapat pendedahan di sini, bukan senang nak dapat peluang seperti ini di tempat kita. Saya akan meneruskan tugas bagi memastikan pemain bersiap sedia menghadapi cabaran di Sukan Sea nanti,” kata Azraai.


Menentang MFK Zemplin Michalovce adalah perlawanan ‘liga’ ketiga bagi skuad bawah 21 tahun negara itu selepas tumpas perlawanan pertama kepada Sala 4-1 sebelum kalah 2-0 di tangan pasukan remaja MFK Ruzemberok B.


FAM sehingga kini belum menjelaskan kedudukan sebenar Harimau Muda A yang dihantar menyertai Liga Satu Slovakia sekalipun maklumat yang diperoleh menerusi laman web rasmi liga dan kelab yang terbabit jelas menyatakan bahawa perlawanan liga yang dimaksudkan adalah perlawanan persahabatan.


Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad, kelmarin, mengandaikan Harimau Muda A beraksi dalam liga kerana menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova yang menarik diri bagaimanapun beliau kini menyerahkan tugas menjelaskan perkara sebenar kepada Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad yang bertanggungjawab mengatur misi skuad negara ke Slovakia.


:: Fallback: walau apa pun... Bolasepak ngara harus diselamatkan.. Ayuh anak muda!!



1 comments:

Hairun Azmi said...

Kesian meraka...
Ini dah kira kes "Tipu Tertipah" nie..