BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

~:: The Followers ::~

Thursday, March 25, 2010

:: masih lagi hal kaye.. diorg ni antare idola kome bg kategori usahawan yg berjaya ::

:: 40 orang terkaya Malaysia menurut Forbes Asia ::

Align Center
Tan Sri Robert Kuok terus mengekalkan kedudukannya mendahului individu terkaya Malaysia dalam senarai orang terkaya terbaru oleh Forbes Asia. Menurut Forbes Asia, Kuok, 84, yang memiliki banyak perniagaan, termasuk hartanah di Hong Kong dan kepentingan media dan paling ketara ialah syarikat gergasi minyak sawit Wilmar, telah berjaya meningkatkan nilai bersih asetnya daripada AS$2.4 bilion tahun lepas kepada mencecah AS$10 bilion.

TERKINI : Senarai Individu Terkaya DiMalaysia 2009/ Mac 2010

Robert KuokMasih kekal di tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menerajui syarikat telekomunikasi, Maxis. Tetapi kekayaannya menurun kepada AS$7.2 bilion, iaitu kurang AS$200 juta daripada tahun lepas.

Individu ketiga terkaya dalam senarai ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan IOI Corporation, Tan Sri Lee Shin Cheng yang menduduki tempat keempat tahun lepas tetapi dengan melonjaknya prestasi gergasi perladangan kelapa sawit dari segi nilai, kekayaannya telah meningkat daripada AS$1.6 bilion kepada AS$5.5 bilion.

Puan Sri Lee Kim Hua, balu kepada jutawan perjudian terkenal Lim Goh Tong yang berada di tempat ketiga tahun lepas tetapi meninggal dunia pada Oktober. Beliau dan keluarganya bernilai AS$3.4 bilion dan menduduki tempat kelima. Kim Hua adalah antara tiga wanita di dalam senarai bersama-sama dengan pengerusi Selangor Properties, Puan Sri Chong Chook Yew di tempat ke-24 (AS$245 juta), dan anakanda perempuan Sultan Perak, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah di tempat ke-35 (AS$150 juta).

Syed Mokhtar Al-BukharyTan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, jutawan Melayu paling kaya, turun satu anak tangga dari tempat ketujuh ke tempat kelapan selepas nilai bersih asetnya berkurangan sebanyak AS$200 juta kepada AS$1.8 bilion. Bumiputra lain yang tersenarai ialah Tan Sri Azman Hashim (AS$700 juta), Datuk Mokhzani Mahathir (AS$285 juta), Datuk Kamarudin Meranun (AS$280 juta) dan Ahmayuddin Ahmad (AS$155 juta).



Turut tersenarai ialah Datuk Nazir Tun Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB dan anak lelaki bongsu Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Nazir adalah orang terbaru yang disenaraikan dan berada di tempat ke-40 sebagai individu terakhir terkaya Malaysia dalam senarai 40 senarai terkaya Forbes Asia dengan nilai bersih AS$100 juta.

Kekayaan secara kolektif kesemua 40 individu terkaya ialah AS$46 bilion, meningkat AS$3 bilion daripada tahun lepas.



* sungguh berjaye mereka2 ini.. tahniah, perturunkala ilmu itu.. ngeeeeee :))

5 comments:

2R said...

emm sket je kn org melayu huhu.mmg da x leh nk kate da le..arap3 utk msa haadapan afham le tersenarai lak..hehe insyallah ;-)

AfhamFahmy said...

wah... AMIIIIIIINNNNNNNNNNNNNNNNNNN.......

semoga begitulah hendaknye...

hehehehe.. thanx cik tora :D

panggil aku shEh said...

nazir tu dah ade bini ke blom? eherm... im still available trang trang. kekeke

AfhamFahmy said...

sheh :: belum lagi kot hehehe.. buleh apply :p

Hairun Azmi said...

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah idolaku dari dulu ,kini dan akan datang ,Insya Allah.