BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

~:: The Followers ::~

Tuesday, March 16, 2010

:: Ayah Pin dalam laman sosial hanya propaganda ::

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memantau media elektronik meliputi laman web di Internet termasuk dakwaan mengenai kemunculan ketua kumpulan ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin menerusi Facebook. Pengarah Bahagian Penyelidikan Jakim, Razali Sahabudin, berkata Jakim sentiasa membuat pemantauan menerusi kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau agensi berkaitan lain.


*adekah yg ini juga FB ayahpin? ehehehehe :p


“Kami sentiasa membuat pemantauan kerana di Bahagian Penyelidikan, ada Cawangan Kawalan Media dan Unit Pemantauan Laman Web.


“Pada masa sama, kami tidak menolak kemungkinan kemunculan Ayah Pin menerusi laman web itu hanya propaganda yang dilakukan oleh pengikutnya untuk terus menghidupkan kumpulan ajaran sesat itu.


“Kami bukan saja memantau mengenai Ayah Pin, malah perkara lain yang berkaitan dan sudah mengharamkan beberapa laman web,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Sebelum ini, akhbar melaporkan Ayah Pin yang menyepi diri sejak sekian lama, kini muncul kembali dan cuba menyebarkan ajarannya dengan kaedah lebih canggih menggunakan laman sosial Facebook. Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, 85, yang mendakwa dirinya wakil ‘Kerajaan Langit’ dikesan mempunyai akaun Facebook sendiri baru-baru ini dan dipercayai akan meneruskan dakyah sesatnya di laman web sosial itu. Ayah Pin sebelum ini dikatakan uzur dan tahun lalu dia dipercayai sudah kembali semula ke pangkalannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu, selepas menghilangkan diri sejak hampir empat tahun lalu apabila penempatannya dirobohkan pihak berkuasa. Dia sebelum ini menjadi buruan pihak berkuasa dan tidak lagi menganjurkan sebarang kegiatan songsang kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Ayah Pin secara rasmi mengisytiharkan dirinya keluar Islam pada 2 Ogos 1998.






*Ayahpin ade kat ISS yg sbenarnye.. ehehehehe :p


*Sedarlah umat islam.. mcm2 anasir & kesongsangan dlm kehidupan ni...
*Ayahpin pon da mcm Lagu Drama King.. Kata-katamu... hanya.. propaganda..... :D

1 comments:

Hairun Azmi said...

Janganlah ada yang nak jadi pengikut baru Ayah Pin pulok.