BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

~:: The Followers ::~

Tuesday, February 23, 2010

muhasabah lah diri

salam Rabu yang berbahagia... :)






Hari-hari yang kita lalui dipentas dunia ini penuh dengan berbagai dugaan, macam-macam yang kita pelajari daripada kerenah, penglibatan dan penglihatan kita sehari-hari. Latihan yang kita terima amat berharga bak sebutir mutiara. Deretan untaian-untaian mutiara yang kita perolehi daripada sumber-sumber tersebut jika dijalinkan akan menjadi pedoman kepada kita dikemudian hari.Walaupun manusia itu dibekalkan dengan pengalaman tersebut jika ianya tidak didasari dengan keimanan kepada Allah semuanya akan menjadi sia-sia bak kapas yang berterbangan ditiup angin. Keseluruhan amalan kita diatas muka bumi ini akan diperhitungkan olehNya diakhirat nanti.egala bekalan yang akan kita bawa pastinya menjadi penyelamat kita di hari hisab nanti. Perlu kita ingat, apakah amalan-amalan yang kita perlu sediakan sebagai bekalan menemui Allah kelak dan apakah ianya sarat dengan amalan kebajikan ataupun kejahatan? Jika diteliti daripada sirah Rasululllah, baginda amat menitikberatkan perkara ini sehingga dijelaskan oleh siti Aisyah r.a bahawa beliau pernah melihat baginda Rasulullah bersolat sehingga kakinya bengkak-bengkak. Ertinya disini walaupun baginda seorang manusia yang terpilih disisi Allah dan merupakan kekasihnya namun baginda tetap tekun melakukan ibadah-ibadah ditakuti baginda dikategorikan sebagai seorang hamba yang tidak bersyukur.Juga pernah dijelaskan oleh baginda darihal seseorang apabila ia menghapiri saat kematiannya dan saat ia akan dikuburkan dengan sabdanya:

Mayat kekubur akan diiringi oleh tiga perkara, iaitu keluarganya, harta bendanya dan amalannya, yang dua akan pulang (kembali) dan satunya akan tinggal.Yang pulang adalah keluarga dan harta bendanya sedangkan yang tetap akan tinggal ialah amalannyaĆ¢€ Riwayat Syaikhan

Walaubagaimanapun terdapat beberapa amalan yang dapat meringankan kesakitan semasa menghadapi ajal. Antaranya amalan taubat yang diamalkan oleh hamba dapat meringankan siksa disaat kematiannya.Jika ia masih mempunyai dosa yang memerlukan kepada taubat bererti ia masih lagi belum bersiap sedia menemui Tuhannya. Menyedari hal yang sedemikian maka bersegeralah bertaubat, sebab mereka yang senantiasa dalam kekuatiran dan ketakutan maut akan menjemputnya akan beroleh kenikmatan hidup diakhirat kelak.

Monday, February 15, 2010

posting... posting... Pon....... pon..... :p

Salam Hari Selasa...

Ingin tuan rumah berkongsi dengan anda-anda pengunjung sekalian akan dengan kekuasaan ciptaan Allah s.w.t yang terdapat dihutan hujan negara taman negara endau-Rompin....




p/s : besar bukan.. subhanallah :)




SEKIRANYA wujud senarai keajaiban dunia bagi kategori flora dan fauna, rasanya Malaysia cukup layak untuk tersenarai kerana bumi hutan hujan tropika negara sememangnya kaya dengan khazanah alam semula jadi, mengandungi lebih 1,001 macam penemuan mengagumkan bagi dunia saintis dan pencinta alam.

Di Taman Negara Endau Rompin Peta, Johor saja sudah mencatatkan pelbagai penemuan, bahkan ketika dibuka secara rasmi oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia pertama) pada Jun 1985, pasukan saintis pertama menemui lapan spesies endemik flora (tumbuhan).

Lapan spesies itu disahkan hanya ada di Endau Rompin, tidak ditemui di kawasan lain seluruh dunia dan berdasarkan kajian bertajuk ‘Revised and Updated Management and Development Plan for the Endau Rompin National Park, Johor’ (Disember 2000), jumlah itu meningkat kepada 20 spesies. Itulah kelebihan dimiliki hutan hujan tropika dianggarkan berusia 240 juta tahun dulu. Bak kata Pengurus Taman, Taman Negara Endau Rompin Peta, Johor, Kamarul Azhar Abdul Hamid, hutan itu sudah wujud sebelum zaman Jurasik, itulah perbandingan dan kelebihannya.

Berita Minggu berpeluang menyingkap dan melihat sendiri tiga endemik itu yang boleh dikatakan hanya serpihan kecil daripada penemuan saintifik berkenaan iaitu Livistona endauensis (pokok kipas), Johannesteysmannia altifrons (pokok daun payung) dan katak hijau (Rhacophorus tunkuii).

Semua itu sebenarnya berkait rapat dengan hidupan harian masyarakat Orang Asli Suku Jakun yang menetap di Kampung Peta, satu daripada pintu masuk ke Taman Negara terletak kira-kira 60 kilometer dari pekan Kahang.



p/s : untuk perjalanan bajet ciput mcm koi, n mencintai alam sekitar (cinta ke) :))

Thursday, February 11, 2010

:: Mengucaplah kembali ::

Salam Jumaat Yang Berbahagia.... Penghulu Segala Hari........




Ketua kumpulan Ajaran Abdul Rejab Ahmad, Abdul Rejab (baju putih) dibawa pegawai Jawi ke Mahkamah Tinggi Syariah, Putrajaya, semalam. Gambar bawah sebahagian daripada pengikut beliau yang turut ditahan.


p/s:Mengucaplah kembali....

Tuesday, February 9, 2010

n3 baru kebosanan penceritaan idamanku

assalamualaikum wbt.... kebosanan lame tak post kn.. agak bz dgn study.. kui3... so, dgn xde kejenye ingin ku bekongsi dgn pengunjung2 ku bahawa idamanku berdasarkan kemampuanku... ni kategori kereta adalah... pon pon pon..


:: nissan cefiro a31 ::
:: p/s ; project 2011 insyaAllah ::



:: toyota caldina gt-4 ::
:: p/s; kononye mpv la, ape nk wat da minat :p ::